Penerbitan Sinaran (filem)

Latar belakang

Sinaran merupakan filem kesembilan arahan Osman Ali dan filem pertamanya bagi genre muzikal.[6] dan filem kedua Lisa Surihani bersama Osman selepas filem Ombak Rindu [7] dan ia memerlukan beliau untuk mempelajari tarian.[8] Ia bukanlah sebuah filem adaptasi atau seram, ia merupakan sebuah filem genre percintaan remaja yang berlatar belakangkan muzikal yang kesemuanya adalah lagu daripada penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid.[1] Mengakui ini kali pertama menghasilkan filem yang sedikit muzikal, memberikan satu pengalaman baharu kepadanya dalam dunia pengarahan.[1] Menurut Osman, idea asal untuk menghasilkan filem tersebut adalah cetusan daripada pihak penerbit sendiri iaitu Sinaran Pictures dari Singapura yang merupakan antara peminat setia Sheila Majid.[1][9]

Penggambaran filem ini dijalankan pada September 2014, Sinaran juga mendapat kerjasama daripada tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.[1] Osman berkata: "Kerjasama itu termasuk dari segi penerbitan, peralatan, pelakon, lokasi penggambaran dan tenaga kerja sendiri yang memberikan satu kelainan dan jalinan kerjasama yang baharu kepada kami semua. Namun kebanyakan penggambaran dilakukan di Singapura iaitu selama 30 hari, 25 hari di Malaysia dan tiga hari di Indonesia,".[1] Osman juga menjelaskan pihak mereka memilih untuk kerjasama dalam filem tersebut kerana tidak mahu filem Sinaran menjadi filem Malaysia sahaja, tetapi mahukan satu filem pelbagai budaya.[1]

Sebagai pengarah baharu untuk filem konsep muzikal, Osman mengakui beliau banyak mendapatkan perbincangan daripada koreografer tarian. Menurutnya, koreografer akan fokus pada nyanyian dan tarian, dan beliau fokus pada lakonan dan penceritaan. Mengenai pemilihan pelakon, Osman memberitahu, sebenarnya ada antara beberapa nama pelakon terkenal Malaysia menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk dipilih pada permulaannya.

Treler

Treler awal dan rasmi filem ini telah dikeluarkan di akaun YouTube Sinaran Pictures pada 11 Februari 2015[10] dan di akaun YouTube Golden Screen Cinemas pada 12 Oktober 2015.[11]

Muzik

Ratu jazz negara Datuk Sheila Majid turut membuat penampilan istimewa menyanyikan lagu baharu "Sinaran Cinta" yang merupakan runut bunyi filem ini.[12]

Rujukan

WikiPedia: Sinaran (filem) http://www.budiey.com/sinopsis-filem-sinaran-2015/ http://www.bharian.com.my/node/92687 http://www.cinema.com.my/bm/movies/details.aspx?se... http://www.hmetro.com.my/node/95702 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/filem-muzika... http://www.utusan.com.my/hiburan/sinaran-lisa-suri... http://www.mediahiburan.my/konflik-persahabatan-da... http://www.tnp.sg/entertainment/movies/lisa-suriha...